Home Nasional Kesan perubahan ekstrem iklim fokus Dewan Rakyat hari ini

Kesan perubahan ekstrem iklim fokus Dewan Rakyat hari ini

The Special Dewan Rakyat Sitting at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX COURTESY OF THE DEPARTMENT OF INFORMATION / 26 JULY 2021. motion of confidence motions no confidence Supply Bill 2022 Budget
Dewan Rakyat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan Kuala Lumpur berhadapan dengan kesan iklim yang semakin ekstrem termasuk banjir dan tanah runtuh dalam tempoh 20 tahun akan datang antara isu yang akan dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu akan diajukan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) kepada Menteri Wilayah Persekutuan semasa sesi soal jawab.

Turut tersenarai, soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghadapi kes-kes rasuah yang semakin kritikal.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan usaha bagi mengekang penyebaran ajaran dan fahaman salah dari panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman bidaah dan khurafat yang masih berlaku dalam masyarakat.

Selesai sesi tersebut, bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dijangka dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. – MalaysiaGazette