Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan pembinaan pangsapuri Aspire Residence Cyberjaya yang sudah berlarutan selama enam tahun diselesaikan menjelang Julai 2023.
Selain itu, Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, moratorium juga diberikan kepada pembeli yang berdepan kesulitan dari segi pembayaran kepada bank, melibatkan mereka yang mendapat pembiayaan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).