KYIV- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan, sebanyak 64 kejadian serangan ke atas pusat kesihatan di Ukraine sejak 24 Februari hingga 21 Mac yang lalu dan menyebabkan 15 kematian dan 37 kecederaan.
Menurut agensi kesihatan global tersebut, hampir tujuh juta warga Ukraine telah kehilangan tempat tinggal dalam sebulan dan satu daripada tiga mereka menghidapi penyakit kronik.
Sejak pencerobohan Rusia, tekanan semakin meningkat bagi petugas kesihatan dan sukarelawan dari Ukraine dan luar negara, bagi memastikan sistem kesihatan negara itu berjalan lancar.
Pencerobohan Rusia juga telah menyebabkan seramai 3.6 juta pelarian melarikan diri dari Ukraine dan membawa kepada sekatan ekonomi Rusia.
Akses kepada ubat-ubatan, kemudahan kesihatan dan kakitangan di Ukraine semakin terhad sedangkan jumlah rawatan penyakit kronik berterusan.
Separuh daripada farmasi akan ditutup kata, WHO dalam kenyataan yang sama.
Katanya lagi, perang ini telah memberi kesan buruk terhadap vaksinasi Covid-19 dan rutin imunisasi.
Dalam pada itu sejak 24 Februari hingga 15 Mac seramai 175,000 individu diberi vaksin, berbanding sebanyak 50,000 vaksinasi, sehari sebelum pencerobohan Rusia bermula kata, WHO.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah minggu lepas berkata, pelarian dari Ukraine perlu diberi vaksin Covid-19 dan dos penggalak jika mereka tidak mempunyai bukti inokulasi terdahulu.- Reuters ((https://www.reuters.com/world/europe/who-says-there-were-64-instances-attacks-health-care-since-ukraine-war-started-2022-03-23/)