KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang terganggu sementara ekoran paip bocor berhampiran Sierramas, Sungai Buloh telah pulih sepenuhnya pada jam 7 pagi semalam.
Kumpulan Pengurusan Air Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.
Bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat,” menurut kenyataannya. – MalaysiaGazette