KUALA LUMPUR – sebagai memenuhi keperluan pembelajaran di negara ini kerajaan hari ini melancarkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat MYREN-X.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi tujuan itu kerajaan membelanjakan sebanyak RM145 juta setahun dan untuk tempoh pembangunan bagi dua tahun sebanyak RM330 juta.
Katanya, kerajaa tidak menggunakan peruntukan baru sebagai perbelanjaan pembangunan, sebaliknya hanya menggunakan bajet lama.
“MYREN-X bukan sahaja akan membolehkan pengguna mengakses pendidikan di luar negara secara dalam talian, bahkan turut mrngakses pendidikan di Malaysia.
“Teknologi ini adalah sejajar dengan revolusi pembangunan pendidkann negara,” katanya pada sidang media pada majlis pelancaran Infrastruktur Siber Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi MYREN di Universiti Malaya di sini, hari ini.
Idris berkata, MYREN-X yang dilancarkan itu akan dinikmati di lebih 150 institusi dan 20 buah universiti awam, empat universiti swasta, 31 politeknik, 85 buah kolej komuniti, lima hospital serta fakulti perubatan dan lima agensi Kementerian Pendidikan Tinggi. – MalaysiaGazette