Home Dunia Loji penapisan minyak meletup di Turki, 4 orang cedera

Loji penapisan minyak meletup di Turki, 4 orang cedera

Kemudahan loji Turkish Petroleum Refineries Corporation (TUPRAS) di wilayah Kocaeli. foto Anadolu Agency

ISTANBUL- Sekurang-kurangnya empat pekerja cedera dalam satu letupan di sebuah loji penapisan minyak di barat laut Turki..

Letupan itu berlaku di kemudahan Turkish Petroleum Refineries Corporation (TUPRAS) di wilayah Kocaeli, kira-kira 100 kilometer ke Istanbul, lapor agensi berita Ihlas.

Kejadian itu membabitkan salah satu tangki loji namun jelas puncanya.

Pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan menyeluruh.

Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan, kata laporan itu.

Kebakaran berlaku selepas letupan namun berjaya dipadamkan dalam masa yang singkat, tambahnya.

TUPRAS mengendalikan empat kilang penapisan di seluruh negara,dan kilang penapisan di Kocaeli memproses 11.3 juta tan minyak mentah setahun, menyumbang 33 peratus daripada penggunaan produk petroleum Turki. – Xinhua