Home Sukan Aksi paling buruk, Cools mohon maaf

Aksi paling buruk, Cools mohon maaf

Dion Cools. Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pemain kacukan negara, Dion Cools mengakui persembahannya bersama skuad Harimau Malaya menerusi aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional, Singapura pada malam tadi antara paling buruk sepanjang kariernya.

Menerusi satu ciapan di Twitter miliknya, Cools, 25, memohon maaf kepada semua penyokong bola sepak negara atas aksi yang mengecewakan itu.

“I’m not gonna lie. This might be my worst performance for the national team and I really wanna apologize to all people.

“Last game was amazing, this game is one to forget real fast. This is part of life,” tulisnya.

Bek kananĀ itu turut berterima kasih kepada para penyokong skuad Harimau Malaya yang terus memberi sokongan kepada pasukan kendalian Kim Pan-gon itu.

“Thanks for the support once again and next time we can all celebrate together,” katanya.

Pada perlawanan itu, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Singapura.

Penyerang muda Ikhsan Fandi, 22, yang juga anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad menjadi hero pada aksi Derbi Seberang Tambak itu apabila menjaringkan dua gol bagi skuad Singa di bawah kendalian jurulatih sementara Nazri Nasir.

Gol tunggal Malaysia disumbang oleh pemain naturalisasi Liridon Krasniqi selepas menyempurnakan hantaran daripada Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-57.

Skuad Harimau Malaya, seterusnya akan beraksi menentang kelab tempatan Albirex Niigata FC dalam aksi tertutup esok. – MalaysiaGazette