Home Dunia Kakitangan rel England mogok

Kakitangan rel England mogok

Salah seorang kakitangan rel yang terlibat dalam mogok. foto Agensi

LONDON – Kakitangan rel merentasi England melancarkan mogok buat kali kedua minggu ini.

Kesatuan RMT di Southern, Merseyrail, Arriva Rail North dan Greater Anglia telah memulakan mogok 24 jam.

Tindakan itu dibuat bagi membantah langkah untuk menghapus pengawal keretapi dan operasi hanya bergantung kepada pemandu sahaja.

Langkah syarikat-syarikat pengendali keretapi itu bermakna tidak ada keperluan menggunakan pengawal namun kesatuan mahu prosedur keselamatan tetap diutamakan.

Ahli-ahli kesatuan di South Western juga mengundi untuk mogok tetapi sebarang tindakan perlu mendapat persetujuan daripada anggota eksekutif.

Pertimbangan itu dibuat oleh kesatuan selepas syarikat merancang untuk meningkatkan jumlah pemandu dan pengawal bagi mengelakkan tindakan mogok.

Mogok itu bertepatan dengan rancangan penutupan Liverpool Lime Street untuk kerja-kerja pengubahsuaian, kata majikan Merseyrail, Jan Chaudhry-van der Velde.

Pengarah perkhidmatan penumpang Southern, Angie Doll berkata:”Mogok RMT susulan daripada perubahan yang dibuat hampir setahun lalu bagi program pemodenan kami”.

“Tidak ada yang kehilangan pekerjaan, sebaliknya kami mengambil lebih ramai pekerja untuk membantu penumpang berbanding sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette