Home Nasional Kerajaan negeri junjung perkenan Sultan Selangor rapat saf solat

Kerajaan negeri junjung perkenan Sultan Selangor rapat saf solat

The Sungai Kandis State Assemblyman, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 28 JULY 2021. imam Al-Islahiah Mosque Daniel Iskandar Mohd Nasir teenager bathed corpse
Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor untuk merapatkan saf solat di masjid, surau dan musala di seluruh negeri mulai 1 April ini.

Pengerusi Hal Ehwal Agama, Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu bagi memastikan fungsi pusat ibadah dihidupkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan.

Katanya, perkenan itu tepat pada masanya memandangkan setiap kali kedatangan Ramadan, umat Islam akan mengambil kesempatan pergi ke masjid dan surau menunaikan ibadah.

“Semoga dengan kebenaran ini membuka ruang lebih besar dan luas kepada ramai umat Islam untuk menunaikan solat tarawih, berbuka puasa, qiamullail di masjid dan lain-lain acara ibadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Zawawi menasihatkan umat Islam di Selangor agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.

“Semoga dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia ini akan menambah lagi rahmat dan inayah Allah kepada tuanku, kaum kerabat dan seluruh pimpinan serta rakyat pada Ramadan kali ini,” ujarnya.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan kebenaran solat berjemaah di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal berkuat kuasa 1 April.

Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rapat saf solat di masjid, surau di Selangor mulai 1 April ini