Home Sukan Flandy enggan sambung kontrak dengan BAM

Flandy enggan sambung kontrak dengan BAM

Flandy Limpele.

KUALA LUMPUR – Jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jurulatih berusia 48 tahun itu dijadual meninggalkan BAM berkuat kuasa 1 April ini walaupun badan induk berkenaan sudah menawarkan lanjutan kontrak baharu.

Keputusan muktamad itu dibuat Flandy yang kelahiran Indonesia selepas mengadakan perbincangan bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

“Selepas perbincangan dan pertimbangan bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy, saya berasa ini adalah waktu sesuai untuk saya mengundur diri.

“Saya bersyukur kerana berpeluang berkhidmat bersama BAM dalam dua tahun yang penuh istimewa ini,” kata Flandy dalam satu kenyataan dikeluarkan BAM hari ini.

Facebook FAM.