KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta supaya berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman (TNB), Datuk Omar Sidek berkata, anggota kerja TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama semasa bertugas.
TNB dalam kenyataan berkata, pemeriksaan oleh kakitangan TNB hanya setakat di meter sahaja dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian kerana ia di luar bidang kuasanya.
Katanya, kakitangan TNB perlu menunjukkan kad kuasa sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja serta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja kepada pemilik atau penghuni premis.
TNB membuat kenyataan itu susulan kes warga emas yang disamun oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.
Dalam kejadian itu seorang wanita di Jertih disamun oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB.
Julai lalu, seorang lelaki, juga menyamar kakitangan TNB mencuri telefon di sebuah pejabat di Jalan Kuchai Lama.
Omar berkata, kes melibatkan penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB amat merisaukan. – MalaysiaGazette
orang tnb je tahu berlakun . kalau orang lain mana dia tahu hal tnb . mungkin bawa kereta tnb , atau pakai baju tnb .