Menerusi satu kenyataan hari ini Masir berkata beliau kini memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya keputusan keluar daripada PSB dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penyokong akar umbi di kawasannya serta beberapa faktor lain seperti ketidakstabilan politik negara yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.
“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini.
“Perdana Menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh sukar ini dan saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan Ismail Sabri,” katanya.
Pada Mac 2019, Masir telah keluar dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menyertai PSB.
— BERNAMA