MGNews: Keselamatan Dalam Negara Jadi Keutamaan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sentiasa komited dalam meletakkan aspek keselamatan nasional sebagai agenda utama khususnya dalam perancangan perolehan.

Sebelum itu, beliau dengan diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pihak kementerian dengan lapan syarikat yang menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.