Home Ekonomi Razowa sasar jualan RM10 juta tahun ini

Razowa sasar jualan RM10 juta tahun ini

Pengasas Razowa, Hartini Halim.

KUALA LUMPUR – Penggunaan bengkung atau girdle atau lazimnya digunakan golongan wanita tidak sama ada untuk tujuan kecantikan mahu pun kesihatan.

Namun seiring peredaran masa, penggunaannya turut diguna meluas oleh lelaki. Cuma jika diamati tiada bengkung khusus untuk lelaki.

Sebaliknya yang ada di pasaran pun rata-rata bengkung wanita yang dibeli lelaki dengan pemilihan saiz atau ukur lilit pinggang yang lebih besar.

Atas sebab itu, jenama peneraju bengkung nombor satu di Malaysia sejak 2019, Razowa menghadirkan inovasi baharu produk itu khusus untuk lelaki dikenali Zuko Men’s Girdle.

Pengasas Razowa, Hartini Halim optimis dengan variasi bengkung itu walaupun mungkin ada yang melihat ia sekadar mitos untuk cantik.

Namun jelas beliau, dari segi aspek kesihatan, ia menyokong masalah tulang belakang dan membantu pemulihan tubuh selepas bersalin atau menjalani pembedahan besar.

“Bengkung dapat bantu sokong otot abdomen dan sokong tulang belakang, sekaligus mengurangkan perut buncit dan sakit pinggang. Cuma selepas hadir dengan bengkung wanita, kami juga mahu golongan lelaki menikmati manfaat sama.

“Bengkung kurus untuk lelaki ini sesuai menjelang musim hari raya kelak supaya tampil yakin, hebat dan berfesyen. Ia mampu mengurangkan saiz perut tiga inci serta merta tatkala menyarung baju Melayu mahupun kurta,” katanya.

Zuko Men’s Girdle dihasilkan atas permintaan ramai di mana proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengambil masa dua tahun.

Hartini menambah, hasil kaji selidik dilakukan mendapati ramai lelaki yang mengakui berdepan masalah perut buncit kerana gaya hidup serta pemakanan di negara kita.

Cuma rata-rata lelaki berdepan masalah mencari bengkung yang bersesuaian.

“Malaysia sendiri antara negara yang berdepan masalah kegemukan di Asia Tenggara.

Golongan lelaki pun antara yang aktif termasuk bersukan. Lalu bengkung kami ini menggunakan material sesuai dengan iklim negara kita di mana ia sejuk dan selesa walau dibawa bersukan.

“Poket berlubang di bahagian alat sulit pun tidak perlu dibuka dan mudah dibawa ke tandas dan juga mempunyai ciri empat tulang yang mengelakkan ia bergulung dan material tidak ‘gatal’. Selepas beberapa kali kita ubah suai dan menambah baik, baru dapat bengkung sempurna untuk lelaki,” katanya.

inovasi baharu produk itu khusus untuk lelaki dikenali Zuko Men’s Girdle.

Tahun ini, Hartini berkata, pihaknya menyasarkan jualan RM 10 juta setahun menerusi rangkaian penjualan produk Razowa.

“Sebelum ini produk seperti Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream antara produk terlaris kami. Kita juga memiliki produk minyak urutan aromaterapi, skrub, set rawatan penjagaan kuku kaki (pedicure).

“Tentunya kehadiran bengkung lelaki ini akan menyemarakkan lagi perniagaan kami dan menyasarkan jualan produk dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM500,000- RM1,000,000,” katanya.

Sempena Syawal juga, jenama ini melancarkan kempen menjana pendapatan Projek Duit Raya bersama Razowa tanpa mengeluarkan modal.

Katanya, 100 orang pertama yang menyertai sebagai ejen dan stokis akan menerima hadiah bengkung lelaki percuma.

“Setakat ini kita memiliki 600 ejen dan stokis di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

“Kita sasarkan sepanjang tahun ini dalam 10,000 lagi masuk menyertai kami. Boleh tekan www.razowa.com untuk sertai ejen dan maklumat lanjut,” katanya.

Jenama ini didaftarkan di bawah syarikat Tisas Academy Sdn Bhd beroperasi di Shah Alam, Selangor. – MalaysiaGazette