Home Seni Hidup Belajar mudah matematik awal usia empat tahun

Belajar mudah matematik awal usia empat tahun

Selebriti tanah air Memey Suhaiza bersama anaknya juga turut serta dalam program yang dianjurkan oleh ALFA And Friends baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – ALFA And Friends, peneraju dalam industri pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memperkenalkan ALFA And Friends Maths dalam usaha membantu lebih ramai kanak-kanak di negara ini mahir mengira dan bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah.

Pengasas pusat ilmiah tersebut, Ho Teh Eng berkata, ia merupakan sebuah program yang memenuhi keperluan pembelajaran golongan itu seawal usia usia empat hingga sembilan tahun.

Jelas beliau, program itu menerapkan 7 Elements of Highly Effective Maths yang merangkumi kurikulum Singapore Maths yang terbukti terbaik di dunia untuk memastikan mereka memahami konsep dan cara untuk menyelesaikan masalah. Bukan itu sahaja, ia sangat mementingkan keseronokan dalam pembelajaran.

“Kini, Matematik dapat dipelajari dengan lebih menarik. Program itu mensasarkan 100 pusat di seluruh Malaysia pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai anak-anak mempelajari Matematik dengan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan.

“Teknik hands-on and fun learning dipraktikkan sejajar dengan silibus Singapore Maths dan terbukti antara kaedah terbaik di dunia. Ini dapat mengukuhkan lagi anak dengan kemahiran abad ke -21 dan persaingan Matematik supaya mereka akan berjaya pada masa depan,” katanya.

ALFA And Friends sebelum ini telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Program E-Learning Terbaik di Asia Pacific ICT Award 2015 dan sekaligus mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Saban tahun juga, hampir 60,000 kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia telah menerima manfaat dari program dianjurkan.

Namun di sebalik kejayaan ini, pusat berkenaan mendapati masih ramai anak-anak di Malaysia lemah dalam subjek Matematik.

ALFA And Friends menerapkan 7 Elements of Highly Effective Maths yang merangkumi kurikulum Singapore Maths yang terbukti terbaik di dunia.

Mengulas lanjut, Ho menambah, di sekolah, anak-anak diajar dengan pelbagai konsep tetapi tidak dapat dikuasai dengan baik.

Ini jelas beliau, pelbagai kaedah diperkenalkan tetapi tidak diajar secara mendalam.

“Ini membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghafal bagi menyelesaikan soalan Matematik dan aedah itu menghafal mungkin berkesan untuk tempoh masa yang singkat.

“Namun, apabila soalan menjadi lebih mencabar, mereka yang hanya menghafal ini tidak mampu untuk menyelesaikan soalan subjek itu dan seterusnya menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.

“Hal ini kerana, menghafal bukanlah satu kaedah yang efisien dalam pembelajaran lebih-lebih lagi untuk anak kecil. Trauma terhadap subjek itu di peringkat awal pembelajaran memberi kesan jangka masa panjang kepada mereka,” katanya.

Ho memberitahu lagi, apa yang berlaku kini, golongan kanak-kanak tidak memahami konsep Matematik dan lebih cenderung untuk menghafal cara penyelesaian masalah.

“Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan soalan. Anak-anak akan hilang minat terhadap subjek itu apabila mereka gagal memahami konsep dan tidak yakin dengan pengiraan dibuat.

“Jika ibu bapa mahu menanam minat mereka terhadap subjek itu, ia perlu mula dari awal. Kini, terdapat pelbagai pilihan program Matematik yang bersesuaian mengikut perkembangan umur anak-anak. Penting untuk ibu bapa membuat pilihan program yang tepat,” katanya.

Pengasas ALFA And Friend, Ho Teh Eng.

Sementara itu, seorang ibu yang juha selebriti popular, Memey Suhaiza yang menghantar anaknya ke program itu berpendapat bahawa teknik pemahaman Matematik yang betul untuk kanak-kanak bukanlah sekadar menghafal dan latihan yang banyak.

“Apabila anak saya sudah mula sertai kelas program ni, memang saya ikuti. Saya tengok proses pembelajaran berbeza dan ia aktiviti yang membuatkan anak kita seronok untuk mengira,” kata Memey.

Kepada ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pusat berkenaan  boleh tekan di pautan  https://linktr.ee/alfaandfriends. – MalaysiaGazette