Home Politik Dr Kelvin dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP

Dr Kelvin dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP

Dr Kelvin Yii Lee Wuen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP (DAPSY) bagi sesi 2021-2023.

Menurut DAP dalam kenyataan hari ini, pemilihan Kelvin dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan di ibu pejabat parti di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari (Pahang) Young Syefura Othman pula pilih sebagai timbalan.

Jawatankuasa berkenaan turut memilih empat naib ketua iaitu Annun Nancy, Jason Raj Kirupanantha, Keristinah Phillip dan Teh Swee Leong.- BERNAMA