Home Utama Ponteng puasa: JAIM keluar notis jika bawa rokok sebelum 2 petang

Ponteng puasa: JAIM keluar notis jika bawa rokok sebelum 2 petang

Che Sukri Che Mat

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang mengeluarkan notis kepada umat Islam yang didapati membawa rokok sebelum jam 2 petang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, notis berkenaan bagaimanapun bukanlah kompaun atau denda, sebaliknya pendekatan berhemah mengekang perbuatan yang menjurus ke arah ponteng puasa.

“Lepas ini, kita akan buat pendekatan penguat kuasa operasi kita akan bagi notis untuk dia (pelaku) berikan notis untuk datang ke pejabat.

“Kita bukan nak saman dia, datang ke pejabat untuk kita beri pendekatan berhemah secara nasihat ini supaya ianya tidak berulang lagi.

“Mungkin juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melaksanakan tindakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai operasi Operas Plastik Hitam Bersendawa di sini hari ini.

Operasi hampir dua jam itu disertai 10 anggota penguatkuasa JAIM itu diketuai Che Sukri bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata, pendekatan itu susulan pemeriksaan hari ini mendapati ramai individu diperiksa membawa rokok bersama walaupun mendakwa berpuasa dan tidak merokok ketika diperiksa.

“Bagaimanapun, tindakan mereka membawa rokok dan pemetik api sebelum jam 2 petang boleh menimbulkan syak dan wajar dielakkan,” katanya. – Malaysiagazette