MGNews: Perbicaraan 1MDB: Najib Tidak Pernah Bagi Kelulusan Pinjaman Murabahah

Perbicaraan berprofil tinggi membabitkan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.3 bilion bersambung dengan saksi ke-13 hari ini.

Tan Sri Ismee Ismail memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, bahawa bekas Perdana Menteri keenam tidak pernah memberikan kelulusan kepada pengurusan 1MDB berhubung nota pinjaman Murabahah usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI).