Aksi agak tidak memuaskan skuad Manchester City dalam dua tiga perlawanan sejak akhir-akhir ini meletakkan kedudukan Pengurusnya pep Guardiola dalam keadaan tidak selamat.
Pep mengakui dia tidak terkecuali daripada risiko pemecatan sekiranya gagal mengembalikan prestasi sebenar pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kadar segera.
Pep disifatkan sebagai antara pengurus terbaik dunia dan Stadium Etihad mengalami pelbagai perubahan drastik sebelum membawa masuk bekas Pengurus Bayern Munich dan Barcelona itu.
Namun, skuad bimbingannya hanya menang 4 daripada 15 perlawanan dan mempunyai tujuh mata beza dengan pendahulu liga ChelseaApabila ditanya sama ada dia akan diberi masa secukupnya untuk membetulkan keadaan ekoran reputasinya, beliau menjawab,” saya tak tahu dan tidak memikirkannya”.
“Saya rasa mereka percaya pada saya dan secara realitinya kamu perlu menang.
“Apa jua boleh berlaku sekarang. posisi kita bergantung kepada keputusan, saya tahu perlu menang banyak perlawanan.
“Bola sepak adalah bukan bersifat projek panjang. kamu perlu menang segera kalau tak anda akan ketianggalan.
“Kamu perlu kurangkan buat kesilapan atas padang untuk menang,” katanya. – Agensi