Home Seni Hidup Berbuka puasa dengan resepi Chef Wan di Melaka

Berbuka puasa dengan resepi Chef Wan di Melaka

Cafe Chef Wan di The Shore Shopping Gallery, Melaka menyediakan lebih 50 juadah berbuka puasa pada harga dan kualiti yang amat berpatutan sehingga 30 April ini

MELAKA – Penggemar masakan selebriti chef terbaik kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk menikmati ‘air tangan’ Chef Wan sebagai juadah berbuka puasa.

Ini kerana mereka boleh terus ke Cafe Chef Wan di The Shore Shopping Gallery, Melaka untuk menikmati lebih 50 juadah berbuka puasa pada harga yang amat berpatutan.

Ketua Chefnya, Muhamad Farhan Aszme berkata, promosi Ramadan Semi Bufet itu bermula pada 6 sehingga 30 April ini dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

“Antara menu utama ditawarkan adalah Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Bukhari Kambing Bakar Kuzi, Asam Pedas Ikan Jenahak, Jamaican Fish and Chips, Roasted Half Spring Chicken dan Spagetti Aglio Olio with Baked Tikka Tiger Prawn.

“Semua menu ini menggunakan rempah ratus rahsia resepi Chef Wan untuk menjamin rasa dan kualitinya,” katanya.

Antara menu utama ditawarkan adalah Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Bukhari Kambing Bakar Kuzi, Asam Pedas Ikan Jenahak, Jamaican Fish and Chips, Roasted Half Spring Chicken dan Spagetti Aglio Olio with Baked Tikka Tiger Prawn.

Tambahnya, harga bufet ditawarkan adalah RM118 bagi setiap dewasa, warga emas (RM88) dan RM68 bagi kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun.

Sebarang tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.cafechefwan.my

Sambil menjamu hidangan berbuka pengunjung turut berpeluang menikmati melihat reka bentuk dan hiasan dalaman kafe ini yang diinspirasikan daripada pengembaraan Chef Wan di seluruh dunia untuk merasai makanan yang hebat daripada komuniti dan budaya yang berbeza. – MalaysiaGazette