Home Seni Hidup APM, MAPIM agih 350 kotak rezeki

APM, MAPIM agih 350 kotak rezeki

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman (tiga dari kiri) menyampaikan kotak rezeki kepada penduduk Kampung Batal, Jerantut

KUANTAN – Sebanyak 350 kotak rezeki telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Jerantut oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang dengan kerjasama Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM).

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, program sempena meraikan Ramadan itu melibatkan seramai 25 orang kakitangan APM Pahang menziarah Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Orang Asli Kuching di Jerantut.

“Program di tiga kampung tersebut diadakan pada 30 dan 31 Mac  lalu bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-70.

“Misi yang dijalankan ini adalah bagi menyantuni dan membantu komuniti setempat di Mukim Hulu Tembeling yang kurang berkemampuan dengan mengagihkan kotak rezeki daripada MAPIM,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, program yang dijalankan bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) Komuniti Mukim Hulu Tembeling bersama CDERT MAPIM.

Tambah Che Adam, Misi Prihatian Ramadhan ini turut disertai oleh Setiusaha Agung MAPIM, Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Zulhanis Zainol dan berharap kerjasama antaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain diteruskan.

Program tersebut juga mendapat kolabrasi Penghulu Mukim Hulu Tembeling yang mana singergi itu memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan terjalinnya kerjasama erat antara sema pihak. – MalaysiaGazette