Home Sukan Rodney jadi wira Kedah

Rodney jadi wira Kedah

Rodney Celvin meledak gol ketika menentang Sri Pahang. - Foto FB Kedah Darul Aman FC

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Sri Pahang FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi.

Pemain pertahanan, Rodney Celvin muncul wira skuad Kenari apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus memastikan Kedah mengutip mata penuh di laman sendiri.

Kedah lebih awal mengancam gawang pelawat pada minit ketujuh dan kesembilan melalui percubaan kapten pasukan, Syazwan Zainon yang bertindak pantas dalam kotak penalti namun percubaannya gagal menewaskan penjaga gol tinggi lampai Mamadou Samassa.

Ini disusuli beberapa gerakan yang dilancarkan kedua-dua pasukan untuk memburu gol pembukaan namun gagal membuahkan hasil.

Sri Pahang cuba bangkit dengan melancarkan serangan melalui pemain import dari Jordan, Mahmoud Saleem yang melakukan percubaan pada minit ke-68 namun tersasar ke bahagian kiri gawang Kedah.

Kedah hampir menambah gol kedua melalui Syafiq pada minit ke-84 dan 88 namun peluang itu gagal disempurnakan penyerang yang dipinjamkan dari JDT. – MalaysiaGazette