Home Dunia Tanah runtuh: 10 maut di La Antigua

Tanah runtuh: 10 maut di La Antigua

Gambar hiasan

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi hilang selepas tanah runtuh melanda bandar La Antigua di barat laut Colombia, kata pihak berkuasa.

Tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat dan banjir berikutnya di La Antigua, dalam perbandaran Abriaqui.

Gabenor Antioquia, Anibal Gaviria dalam ciapannya berkata, Unit Pengurusan Risiko Bencana telah mengambil alih keadaan dan menghantar anggota ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Jaime Enrique Gomez, Ketua Unit Pengurusan Risiko Bencana berkata, usaha mencari mangsa yang masih hilang masih diteruskan. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/20220408/71831f5787924c05ba1e076f958d0ec5/c.html)