KUALA LUMPUR – UMNO perlu memecat Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos yang disifatkan berkelakuan tidak senonoh, gesa Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah.
Gesaan itu dibuat susulan tindakan terbaharu Jamal memecahkan botol arak baru-baru ini yang mana Ridzuan berkata, ia tindakan tidak matang dan tidak mencerminkan contoh baik selaku seorang pemimpin NGO.
“Kita sudah matang, kalau nak bertindak sesuatu isu perlu ada fakta dan jangan serang buat kerja tidak senonoh, tidak mandi dan pakai tuala… terbaharu beliau pecahkan botol arak.
“Pecahkan arak itu bukan contoh baik seorang pemimpin NGO,” kata beliau dalam satu sidang media di Setapak hari ini.
Ridzuan memberi cadangan supaya UMNO segera memecat Jamal kerana ia hanya memberi kesan buruk kepada parti itu dan juga kerajaan Barisan Nasional.
“BN dan UMNO perlu pecat orang macam ini, dia merosakkan sokongan kepada BN,” ujarnya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan agresif Jamal baru-baru ini yang seperti lagak seorang mufti pula walhal isu tersebut sebaiknya ditangani oleh badan agama.
“Dia ini siapa? Dia ini mufti negeri Selangor ke?” soal beliau.
Dalam pada itu, Ridzuan juga berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal kepada Jamal dan mereka yang terbabit kerana jika tidak orang ramai akan melihat beliau kebal dan sudah pastinya nama UMNO juga akan terpalit.
“Kita harap polis memberi hukuman setimpal kepada dia… dia duduk dalam lokap pun tidak ada orang datang tengok,” ujarnya lagi.
Jamal bersama tujuh pengikutnya awal pagi Khamis lalu memecahkan lebih 100 botol arak di depan bangunan kerajaan negeri Selangor kerana membantah penganjuran Pesat Arak 2017 di negeri itu.
Bagaimanapun, pihak polis menangkap Jamal dan pengikutnya ditahan reman berhubung insiden tersebut.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
Hehehe….bangang punya pemimpin pekira.nak suruh pecat jamal…jamal buat juga kerjanya membantah dgn caranya sendiri…apa nak dimalukan sbb itu adalah caranya utk tarik perhatian…sekurang2nya pembangkang mengelupur marah dgn jamal…pemimpin pekira apa buat ?…pemimpin pekira hanya dok lambung telo dlm seluar kat opis tanpa membuat sesuatu utk membantah pasta arak di Selangor…bangang punya pemimpin