KUALA LUMPUR – Satu kaji selidik menunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi menjadi pilihan untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) kelak.
Kaji selidik itu dikendalikan oleh The Mind Research 2022 pada 4 hingga 6 April lepas di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak berhubung persepsi serta sentimen pengundi pada masa kini.
Mind Research 2022 memaklumkan antara objektif kaji selidik itu untuk untuk membezakan fakta, realiti serta cerita donggeng agar tidak terkurung dalam kalangan golongan tertentu sahaja.
Ia turut melibatkan beberapa nama popular seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Namun keputusan kaji selidik menunjukkan Ismail Sabri meninggalkan calon-calon popular yang juga menjadi sebutan antaranya Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim dengan mendapat 44 peratus melalui 13,854 responden.
Manakala Anwar mendapat 29. 1 peratus dan Najib Razak pula meraih 26.9 peratus undian.
Bagaimanapun Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin pula terpaksa diketepikan dalam keputusan kaji selidik ini kerana masing-masing mendapat undian paling rendah.
Jika melihat demografi kajian, respondan yang menjawab tentang calon Perdana Menteri pada PRU-15 adalah paling tinggi undian ialahdi Kuala Lumpur sebanyak (6968), Selangor (2812) dan Pahang seramai (1246) orang.
Negeri-negeri lain yang turut serta termasuklah, Negeri Sembilan (387), Perak (387), Johor (333), Sarawak (305), Terengganu (277), Kelantan (250), Melaka (250), Penang (208), Putrajaya (166), Sabah (125), Perlis (97) dan Kedah (43).
Kata Mind Research 2022 lagi, walaupun jika di lihat dalam laman sosial Najib Razak adalah nama paling popular sebagai pilihan Perdana Menteri namun hakikatnya Ismail Sabri sebenarnya secara ‘diam-diam’ telah berjaya menyakinkan responden (rakyat) dirinya mampu mentadbir negara.
Anwar pula juga berjaya membuktikan masih mempunyai sokongan naun tidak mampu meletakkan beliau calon dikehendaki rakyat bagi jawatan nombor satu negara walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri itu sentiasa mempamerkan dirinya seorang pemimpin berjuang untuk agenda nasional.
Manakala Ismail Sabri pula yang telah menjadi Perdana Menteri sejak kejatuhan kerajaan Muhyiddin dilihat telah membuktikan beliau tidak banyak dihantui sentimen negatif sebaliknya mendapat sokongan kerana tampak lebih neutral dalam semua aspek sejak mentadbir.
“Melalui kaji selidik ini juga kami dapati Ismail Sabri berpeluang cerah kekal menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 kerana beliau sudah mempunyai perancangan masa depan berbanding beberapa calon popular lain.
“Namun pada masa sama Ismail Sabri perlu lebih komited dalam merealisasikan kepimpinan yang ada pada dirinya dengan lebih impak,” katanya. -MalaysiaGazette