Home Sukan TMJ melawat Farizal

TMJ melawat Farizal

Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) yang Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat penjaga gol kelab itu, Farizal Marlis di hospital berikutan perlanggaran yang berlaku ketika perlawanan dengan Terengganu FC malam tadi.

Laman Facebook Johor Southern Tigers dalam satu hantaran berkata, Farizal berada dalam keadaan stabil tetapi akan kekal dalam pemerhatian.

“Farizal  akan menjalani beberapa ujian perubatan.

“Seluruh Keluarga JDT mendoakan agar Farizal sembuh dengan segera. Semoga lekas sembuh, Farizal!” tulis hantaran itu.

Farizal telah dikejarkan ke hospital selepas insiden perlanggaran antara dia dan Shane Lowry pada minit ke-60 permainan.

Ketika kejadian Lowry secara tidak sengaja telah bertembung dengan Farizal ketika cuba menyelamatkan bola yang dihantar oleh pemain TFC di dalam kotak penalti. – MalaysiaGazette