Home Utama Anwar akan pertahan jawatan Presiden PKR

Anwar akan pertahan jawatan Presiden PKR

Anwar Ibrahim convincing and formidable numbers
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu bulan hadapan.

Menerusi satu kenyataan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan menerusi aplikasi ADIL.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2024.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengahari,” kata pejabatnya, hari ini.

Pada September 2018, Anwar diangkat sebagai Presiden PKR baharu bagi penggal 2018-2021.

Sementara Timbalan Presiden parti ketika itu dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menewaskan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Untuk rekod, ini merupakan pemilihan pertama kali yang diadakan selepas PKR membentuk kerajaan di bawah payung Pakatan Harapan pada ketika itu.

Bagaimanapun kerajaan tersebut hanya bertahan selama 22 bulan. – MalaysiaGazette