Home Nasional Tuntutan palsu hampir RM8 juta, bekas pengarah urusan syarikat IT ditahan

Tuntutan palsu hampir RM8 juta, bekas pengarah urusan syarikat IT ditahan

MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
SPRM) Johor telah menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT)  kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM8 juta.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT)  kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM8 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor  kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, ketika memegang jawatan pengarah urusan syarikat tersebut, suspek telah mengemukakan tuntutan berkenaan kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT pada tahun 2016.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM.-MalaysiaGazette