Home Nasional Mesyuarat Khas Dewan Negara esok dibatalkan

Mesyuarat Khas Dewan Negara esok dibatalkan

Parlimen
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti masih di peringkat perbincangan.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Dewan Negara berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) yang dijadualkan berlangsung esok telah dibatalkan.

Setiausaha Dewan Negara Muhd. Sujairi Abdullah berkata, Yang di-Pertua Dewan Negara telah menerima makluman pembatalan tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Mesyuarat.

Pembatalan dibuat berikutan RUU terbabit yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini akan dikaji dan diteliti semula melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.-MalaysiaGazette