Home Nasional 7,114 penjawat awam P.Pinang dapat RM1,200

7,114 penjawat awam P.Pinang dapat RM1,200

Penang civil servants Syawal Aidilfitri special financial aid
Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,200 kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan pemberian bantuan khas itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang diadakan semalam.

Kata beliau, pembayaran sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada 7,114 kakitangan perkhidmatan awam negeri akan dibuat pada 27 April ini.

“Pemberian tersebut juga dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri

“BKK ini adalah penghargaan khas kepada semua penjawat awam yang telah mencurahkan keringat dalam menempuh tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Selain itu, ia juga sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Kon Yeow, BKK yang bakal membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta kepada Kerajaan Negeri.

“Ia termasuk RM300 masing-masing yang akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS) masing-masing akan menerima RM200,” ujar beliau. – MalaysiaGazette