Golongan mahasiswa menyambut baik langkah kerajaan yang memperkenalkan program ePemula kerana ia mampu membantu meringankan beban kewangan masing-masing.
Rata-rata mahasiswa yang ditemui MalaysiaGazette memberitahu, mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan yang sangat memahami masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar di kampus.