Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan jumlah pampasan lebih RM200,000 yang ditawarkan kepada penghuni flat Kampung Sungai Baharu adalah rendah dan akan merendahkan taraf hidup mereka selepas berpindah.
Begitu juga dengan penghuni rumah teres, mereka meminta menjadi pemaju bersama, bukan setakat dibayar pampasan.