Home Nasional Urusan kebumi Shyzlin di Peru cecah RM100,000

Urusan kebumi Shyzlin di Peru cecah RM100,000

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bercakap pada media di sidang media menganai mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Peru bertempat di Villa Putra Condo Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Urusan pengebumian rakyat Malaysia, Shyzlin Hataman, 43, yang meninggal dunia di Peru menelan belanja sehingga RM100,000 jika dikebumikan di negara itu.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kos RM100,000 itu jauh lebih rendah jika jenazah wanita tersebut dibawa pulang dan dikebumikan di tanahair.

Katanya, ini kerana kos pembelian tanah kubur mencecah AS$6,000 atau lebih RM25,000 dan ia tidak membabitkan kos pengurusan lain termasuk membawa sekurang-kurangnya dua ahli keluarga waris ke Peru.

“Kalau kita bawa balik jenazah ke Malaysia, kosnya tidak lebih RM20,000 seorang dan urusan pengkebumian di negara ini lebih mudah berbanding di Peru.

“Besar kemungkinan kita akan berusaha membawa balik jenazah sebagaimana yang diminta oleh keluarga waris,” katanya pada sidang media di ibu pejabat BiKUM, di Villa Putra Condo, di sini, hari ini.

Shyzlin merupakan mangsa sindiket keldai dadah, meninggal dunia pada 7.50 pagi waktu Malaysia Sabtu lalu kerana komplikasi beberapa penyakit. – MalaysiaGazette