Home Nasional 12 lagi kematian Covid-19 semalam

12 lagi kematian Covid-19 semalam

Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 semalam termasuk lapan berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 35,421.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Kedah merekodkan empat kes kematian, Pulau Pinang (tiga) dan Sarawak (dua) manakala masing-masing satu kes di Melaka, Perak dan Selangor.

Sehingga lewat malam tadi sebanyak 103,900 kes aktif.

Daripada jumlah itu sebanyak 2,124 dirawat di hospital termasuk 126 di unit rawatan rapi.

Sebanyak 76 kes atau 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 11,233.

Dalam tempoh sama, Malaysia merekodkan 4,352,542 kes keseluruhan jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette