Home MGNews MGNews : Ke Ting Dibebas Dengan Ikat Jamin RM10,000

MGNews : Ke Ting Dibebas Dengan Ikat Jamin RM10,000

Sam Ke Ting, yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.