Home Dunia Lelaki bersenjata pisau berhampiran kediaman Boris Johnson ditahan

Lelaki bersenjata pisau berhampiran kediaman Boris Johnson ditahan

Seorang anggota polis berdiri dalam kawasan kepungan Whitehall di Westminster selepas seorang lelaki bersenjata ditahan. foto Reuters

LONDON – Seorang lelaki bersenjatakan pisau yang mencabar dua pegawai polis kementerian pertahanan ditahan berhampiran kediaman rasmi Perdana Menteri Boris Johnson di London semalam.

Polis mengepung Whitehall, yang menempatkan beberapa jabatan kerajaan termasuk pejabat asing dan kementerian pertahanan serta pejabat dan kediaman Johnson’s Downing Street, selama beberapa jam tetapi ia kemudian dibuka semula.

Siasatan dilancarkan berikutan insiden di Horse Guards Parade, padang perarakan istiadat yang menghadap Taman St James, kata polis.

“Sekitar jam 8.50 pagi, seorang lelaki berusia 29 tahun yang bersenjatakan pisau telah berdepan dengan dua anggota polis kementerian pertahanan.

“Taser telah digunakan dan lelaki itu telah dihalang oleh pegawai. Tiada laporan mengenai sebarang kecederaan,” kata Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.

Menurut polis, suspek ditahan kerana disyaki melakukan cubaan membunuh dan memiliki senjata serangan dan masih dalam tahanan di balai polis pusat London.

Namun insiden itu tidak dikaitkan dnegan keganasan. – Reuters