Home Dunia 7 cedera kedai dobi meletup

7 cedera kedai dobi meletup

Bahagian hadapan kedai dobi La-ong Fong rosak teruk selepas mesin pengering pakaian meletup. foto Agensi

BANGKOK – Tujuh orang cedera termasuk dua kanak-kanak selepas mesin pengering pakaian meletup di sebuah dobi di Nonthaburi.

Letupan itu berlaku di kedai dobi La-ong Fong yang terletak di Pong Tham Niwet pada pukul 10.30 pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan kerosakan teruk bahagian hadapan kedai tersebut.

Punca kejadian masih disiasat. – MalaysiaGazette