KUALA LUMPUR – Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bantuan lebih awal mulai 25 April hingga 30 April 2022.
Pembayaran awal ini sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Manakala bayaran bantuan bulanan bagi bulan Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 hingga 10 Jun 2022.
KPWKM berharap para penerima bantuan bulanan JKM memanfaatkan perkara ini sebaik-baiknya. – MalaysiaGazette