KUALA LUMPUR – Hampir empat tahun ‘bersendiri’ Mawar Abdul Karim mengakui dia dalam fasa mengenali teman istimewa.
Bekas isteri Fizo Omar dengan wajah ceria berkata, dia juga seperti wanita lain yang perlu teman untuk meneruskan kehidupan.
“Ya saya masih mengenali lagi, sampai masa saya juga perlu peneman untuk memulakan hidup baharu,” katanya ketika sidang media.
Enggan mengulas mengenai status lelaki berkenaan, usahawan itu berkata, dia mengenali lelaki itu lebih kurang setahun.
“Dia orang biasa sahaja, macam saya. Tapi yang penting orang utara (berasal dari utara Semenanjung.
Mawar, 33 tahun berkata, dia selesa dengan lelaki tersebut kerana keserasian di antara mereka berdua dan memahami antara satu sama lain terutama kedudukannya yang mempunyai seorang anak perempuan.
“Yang penting dia memahami saya, bila mencari seseorang tentunya dia kena menerima saya, keadaan saya,” tambahnya lagi.
Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dianugerahkan cahaya mata, Wan Maryam yang berumur lima tahun.
Walaubagaimanapun, hubungan Mawar dan Fizo gagal bertahan apabila mereka sepakat bercerai pada 2019. – MalaysiaGazette