KUALA LUMPUR – Semua harga runcit petrol dan diesel dikekalkan bagi tempoh 21 April 2022 hingga 27 April 2022.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.81 seliter.
Manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette