Home Utama Imigresen nafi kematian seorang tahanan punca insiden lolos depot

Imigresen nafi kematian seorang tahanan punca insiden lolos depot

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Jabatan Imigresen Malaysia di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan kononnya seorang tahanan diabaikan rawatan kesihatan sehingga maut menjadi punca insiden lolos di Depot Tahanan Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kematian tahanan tersebut hanyalah disebabkan sakit biasa.

“Memang ada kematian seorang tahanan namun tiada kaitan dengan rusuhan atau insiden lolos awal pagi tadi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM 2021 di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Tambah Khairul, pihaknya masih menunggu laporan doktor bagi mengetahui punca kematian tahanan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, depot sementara berkenaan pada awalnya adalah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang disewa JIM bagi menempatkan tahanan yang positif Covid-19.

“Kita tempatkan etnik Rohingya yang ditahan di perairan Langkawi pada 2019 di Kem Wawasan, Langkawi namun bila Kem Wawasan ditutup pada 2021, mereka semua ditempatkan di beberapa depot termasuklah di Depot Tahanan Sungai Bakap,” ujarnya.

Bagaimanapun, Khairul berkata, JIM dengan kerjasama pelbagai pihak telah berjaya menahan semula 385 tahanan daripada 528 orang yang lolos setakat pukul 6.10 petang tadi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

527 tahanan imigresen Sungai Bakap lolos selepas merusuh

1 Komen

  1. Kemaruk undi migran timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris, so takkan tak kemaruk undi pelarian berpotensi menguntungkan ekonomi nasional dong.

Comments are closed.