Home Eksklusif Tahanan lolos yang diberkas semula dipindahkan ke lima depot lain

Tahanan lolos yang diberkas semula dipindahkan ke lima depot lain

Wan Hassan.

BANDAR BAHARU – Seramai 382 etnik Rohingya yang berjaya ditahan semula selepas meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Relau di sini dipindakan ke lima depot imigresen lain.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pemindahan itu dibuat susulan depot sedia ada telah dirosakkan dalam insiden rusuhan awal pagi tadi.

“Etnik Rohingya yang ditahan semula itu dibawa ke depot Imigresen Sungai Bakap untuk dirakamkan keterangan berhubung tindakan mereka melarikan diri termasuk mendapatkan cop jari mereka.

“Sebaik selesai proses itu kesemua etnik tersebut dipindahkan ke depot tahanan imigresen lain antaranya di Juru, Pulau Pinang, Semenyih serta KLIA di Selangor serta beberapa tempat lain,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Wan Hassan, operasi mengesan tahanan yang masih bebas sedang giat dijalankan dan ia diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

527 tahanan imigresen Sungai Bakap lolos selepas merusuh