Home Utama Yusof Azmi ‘hanyut’ dalam populariti?

Yusof Azmi ‘hanyut’ dalam populariti?

Semboyan Malaysia Yusuf Azmi assault foreigner
Yusuf Azmi

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk memenangi hati semua orang terutama sekiranya seseorang itu dikenali ramai secara mendadak.

Itu mungkin apa yang berlaku kepada Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.

Kelibat anak muda dalam misi berkaitan masalah pengguna seperti kes perumahan DBI Properties, kes kereta pajak dan kes ah long baru-baru ini – menjadikan Yusuf seolah-olah selebiriti.

Lebih-lebih lagi dengan kenyataan kerasnya, serban stail Yaman yang sering dipakainya.

Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Celemans Kasim (kanan) memberi penerangan kepada Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi (tiga kiri) serta yang lain selepas menyerahkan laporan aduan berhubung kes penipuan oleh DBI Technology kepada di Ibupejabat Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Putrajaya baru-baru ini. foto SAFWAN MANSOR.

Namun sudah menjadi adat, Yusuf juga tidak terlepas daripada persepsi buruk dan kritikan.

Malah ada yang menuduh Yusuf ‘merosakkan’ PPIM dan sudah hanyut dengan populariti yang diterimanya dan macam ‘kaduk naik junjung’ melebihi bosnya, Datuk Nadzim Johan.

Nadzim Johan

Mereka mendakwa Yusuf terlalu ‘mabuk’ dengan popularitinya sekarang termasuk dengan ada tular videonya mempamerkan seni pertahanan diri dan rakaman bersama tokoh politik seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ustaz selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Malah ada pihak yang sengaja membuat lagu rap daripada kenyataannya mengenai pemimpin tertinggi negara.

Malah ada tular seorang yang mendakwa ahli lama PPIM memotong kad ahli PPIM kerana tidak bersetuju dengan Yusuf.

Ada juga yang menggunakan rakaman video Yusuf dan kenyataan rakan-rakannya dalam PPIM secara ‘sekerat-sekerat’ kononnya tindakan Yusuf dipertikaikan.

Baru-baru ini, Yusuf juga mengadakan pertemuan dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha namun hasil pertemuan itu tidak diuar-uarkan secara jelas.

Mengulas dakwaan itu, Yusuf enggan mengulas lanjut dan menganggap kesemua itu mungkin berpunca daripada salah faham.

“Saya mohon ini mungkin salah faham. Saya minta hentikan viral sebegini. Mungkin maksud aktivis yang bercakap berbeza.Minta jangan disalah tafsir,” kata kepada Malaysia Gazette hari ini.

Esok, Yusuf dijangka akan menjawab persoalan dan dakwaan berkenaan kepada Malaysia Gazette.- MalaysiaGazette