Home Politik Pas Leak: Hamzah nafi wujud perbincangan jatuhkan UMNO, BN

Pas Leak: Hamzah nafi wujud perbincangan jatuhkan UMNO, BN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Persidangan Movenpick, Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2022.

SEPANG – Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa terkandung dalam satu dokumen minit mesyuarat.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Siapa yang leaked (bocorkan) dokumen itu, betulkah dokumen itu? Saya dengar cerita Dr. (Ahmad) Samsuri Mokhtar (Naib Presiden Pas) kata itu tak betul, itu adalah dokumen sampah.

“Sebenarnya kalau orang tanya betul ke PN ada mesyuarat nak menjatuhkan sesiapa, saya kata tak ada, maka betullah Dr. Samsuri kata itu dokumen sampah, kerana tidak ada perbincangan.

“Saya Setiausaha Agung PN, saya tak tahu pun ada perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penetapan Nilai Murni dan Iftar Ramadan di Pusat Konvensyen Movenpick, di sini, hari ini.

Sebelum ini, satu dokumen yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik, ‘Pas Leak’, mendedahkan rancangan PN untuk memusnahkan UMNO dan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Hamzah, memang terdapat perjumpaan antara pemimpin PN namun ia bagi membincangkan post mortem Pilihan Raya Negeri Johor.

Sebelum ini, satu dokumen yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik, ‘Pas Leak’, mendedahkan rancangan PN untuk memusnahkan UMNO dan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. fitnah PAS terima RM 90 JUTA dari Umno yang dijaja Oleh DAPIGS dan PANKHIANAT serta rm 1.4 juta dijaja ANWARFIKUN….KENAPA TERUS SEPI DAN MEMBISU setelah TIADA BUKTI hampehhh

Comments are closed.