Home Seni Hidup Keunikan tradisi Melayu jadi dekorasi WCT Mall

Keunikan tradisi Melayu jadi dekorasi WCT Mall

Kiosk raya di Paradigm Mall Petaling Jaya (PMPJ).

KUALA LUMPUR Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, WCT Malls telah mula dihiasi dengan dekorasi Hari Raya bersempena dengan Kempen Chupa Chups Raya yang menampilkan keunikan tradisi masyarakat Melayu.

WCT Malls Management Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah di bawah WCT Holdings Berhad (WCT), sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan Chupa Chups untuk menghiasi pusat-pusat membeli-belahnya di Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru dan gateway@klia2 di Sepang dengan dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang unik dan menarik.

Kenangan zaman kanak-kanak sering kali menyentuh perasaan seseorang itu untuk mengimbas kembali detik-detik yang nostalgia kehidupan mereka.

Sehubungan itu, dengan berinspirasikan elemen nostalgia tempatan, bahagian utama atrium pusat beli belah ini telah dihiasi indah dengan pelbagai tarikan seperti Rumah Kampung Chupa Chups, stesen kereta api klasik dan juga permainan tradisional yang mampu mengusik kenangan silam.

Hiasan-hiasan ini bukan sahaja membuatkan para pengunjung mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka, malah ia juga mampu memupuk penghargaan mereka terhadap warisan kebudayaan kita di kalangan generasi muda.

Selain hiasannya yang unik, WCT Malls turut menganjurkan pelbagai aktiviti dan persembahan serta menawarkan ganjaran beli belah yang menarik kepada pengunjungnya.

Alat permainan congkak antara yang dijadikan dekorasi di WCT Mall

Para pembeli juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Bazar Raya, Bazar Ramadan, Raya Sales dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung yang masih belum membeli barangan keperluan Hari Raya boleh menikmati pelbagai barangan jualan di gerai-gerai yang menawarkan barangan perayaan seperti Kuih Raya, pakaian, hamper, juadah tempatan dan banyak lagi

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls, Selena Chua berkata, para pengunjung di Paradigm Mall PJ contohnya, boleh menyertai pertandingan baju raya dengan mempamerkan keunikan pakaian Hari Raya masing-masing.

Selain itu, para pengunjung juga boleh menyertai permainan mencari ketupat serta mengumpul ketupat sebanyak mungkin untuk memenangi hadiah dan ganjaran menarik.

Tahun ini, Paradigm Mall PJ juga bekerjasama dengan Pgeon bagi melancarkan kempen penghantaran khas yang membolehkan pembeli menghantar barangan yang dibeli kepada insan yang tersayang pada kadar bayaran yang istimewa.

Bagi Paradigm Mall JB pula, pelbagai aktiviti juga disediakan buat pengunjung termasuk berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Pertandingan Pertunjukan Little Miss Kebaya, Cabaran Menari TikTok serta Raya Shopping Voucher Hunt.
.
Di samping itu, gateway@klia2 turut mengadakan jualan raya dan tawaran hebat dari pelbagai jenama dan barangan di pusat
beli-belah lapangan terbang itu. – MalaysiaGazette