Home Nasional Suspek kedua cuba samun pelajar dicekup polis

Suspek kedua cuba samun pelajar dicekup polis

Suspek kedua (berbaju putih yang cuba menyamun dua pelajar warga asing di Persiaran Dutamas semalam akhirnya dicekup di taman Beringin, Kuala Lumpur. - Gambar Ihsan Polis IPD Sentul.

KUALA LUMPUR – Suspek kedua yang cuba seorang pelajar wanita warga asing di hadapan Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Persiaran Dutamas, di sini, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek lelaki warga tempatan itu yang bersembunyi selama dua hari itu ditangkap polis pada jam 11.20 pagi tadi.

“Suspek berusia 34 tahun itu yang telah diburu sejak dua hari lalu akhirnya dijejaki dan ditangkap di PPR Taman Beringin, ibu negara hari ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati lelaki itu mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Katanya, merampas dahan kayu yang digunakan suspek untuk memukul mangsa semasa kejadian jam 6.53 petang Khamis lalu.

“Hasil soal siasat awal terhadap suspek mengaku telah memukul mangsa dengan dahan kayu.

“Suspek juga mengaku sebenarnya dia hendak mengorat mangsa tetapi tidak dilayan selain pergerakan suspek yang dirakam oleh mangsa menyebabkan dia cuba merampas telefon bimbit daripada mangsa untuk memadamkan rakaman itu dan menyerang mangsa dengan kayu sehingga mengalami kecederaan di badan.

ARTIKEL BERKAITAN: 

“Suspek pertama kes ini yang ditahan semalam sudah direman sehingga 26 April ini manakala rakannya yang dicekup hari ini akan direman pagi esok untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes,” katanya.

Suspek pertama kes cubaan samun itu dicekup polis dalam serbuan yang dilakukan di PPR Sri Aman, Jinjang Utara, Kepong pada jam 3.30 petang semalam.

Dalam serbuan itu polis merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakannya dalam jenayah samin itu. – MalaysiaGazette