PEKAN – Belum sampai 24 jam, pekerja balak yang dikatakan membakar kereta polis dengan sengaja pada malam tadi telah berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, lelaki warga Indonesia yang melarikan diri ke dalam hutan selepas membakar kenderaan polis ditemui kira-kira pukul 4.20 petang tadi.
“Sepasukan pegawai dan anggota dalam tugas Op Kesan telah berjaya menangkap suspek lelaki Indonesia berdekatan dengan kawasan tempat kejadian setelah 16 jam bersembunyi.
“Pihak polis turut serta merampas sebatang tukul dan sebatang kayu manakala repot tangkapan serta rampasan dalam tindakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas Mohd Zaidi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di hadapan Majistret Pekan.
Terdahulu Operasi Ops Tutup dilakukan untuk mengesan suspek di sekitar kawasan tempat kejadia dengan bantuan pihak K9 Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) dan D10 IPK Pahang.
Polis mengesan lelaki warga Indonesia terbabit dikenali sebagai Asri selepas membakar kereta peronda polis dan telah mencederakan dua anggota polis di Kampung Selengkong, Nenasi, Pekan dalam kejadian pukul 11.45 malam tadi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: