KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 semalam, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,499.
Tiada kes kematian di luar hospital dilaporkan berlaku.
Semalam, merekodkan sebanyak 4,006 kes baharu dengan 3,999 adalah kes tempatan.
Ia menjadikan jumlah terkumpul kes jangkitan Covid-19 sebanyak 4,394,125.
Kematian tertinggi direkodkan di Selangor dengan dua kes, diikuti Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 6,225 semalam menjadikan kes terkumpul sebanyak 74,752.
Jumlah kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,627 termasuk 98 di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, hanya 61 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette