Home Dunia Nissan akan akhiri pengeluaran kereta Datsun

Nissan akan akhiri pengeluaran kereta Datsun

Kereta Datsun dibangunkan pada tahun 1914. Foto Getty Images

TOKYO – Pembuat kereta Nissan akan menghentikan pengeluaran kenderaan di bawah nama Datsun, yang mempunyai sejarah lebih daripada satu abad.

Jenama itu telah membantu pembuat kereta Jepun menjadi terkenal di peringkat dunia selepas Perang Dunia Kedua.

Walaupun menjual berjuta-juta kereta di seluruh dunia, nama Datsun telah dihapuskan secara berperingkat pada 1980-an.

Syarikat itu menghidupkan semula jenama itu tiga dekad kemudian, menggambarkan rangkaian baharu kenderaan itu sebagai “bahagian penting DNA Nissan”.

Pada hari Isnin, jurucakap Nissan Azusa Momose memberitahu, firma itu akan terus menjual stok kereta Datsun dan akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pemiliknya.

“Kami boleh meyakinkan semua pemilik Datsun sedia ada dan akan datang bahawa kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami,” tambahnya.

Sebelum nama jenama Datsun wujud, sebuah kereta bernama DAT telah dibangunkan pada tahun 1914 oleh Kaishinsha Motorcar Works di Tokyo.

Perkataan DAT ialah akronim daripada nama keluarga tiga pelabur awal dalam perniagaan: Den, Aoyama dan Takeuchi.

Ia juga secara literal bermaksud ‘sepantas kilat’ dalam bahasa Jepun.

Pada masa yang sama, ia dipromosikan sebagai Tahan Lama, Menarik dan Dipercayai atau singkatannya DAT (Durable, Attractive and Trustworthy) oleh Kaish

Pada tahun 1933, pengasas Nissan Yoshisuke Aikawa mengambil alih perniagaan itu.

Awal 1930-an juga menyaksikan syarikat itu melancarkan sebuah kereta yang ekonomik dan ringan bernama “DAT-son” dan nama itu kemudiannya ditukar kepada “Datsun”. – BBC (https://www.bbc.com/news/business-61212573)