JAKARTA – Indonesia hanya akan mengharamkan eksport olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau mulai Khamis ini.
Bagaimanapun, larangan itu tidak termasuk minyak sawit mentah atau bentuk produk lain, kata pegawai kanan kerajaan Musdhalifah Machmud.
Kerajaan akan memantau dengan ketat pelaksanaan larangan itu dan ketersediaan minyak sawit ditapis dan minyak sawit mentah di dalam negara, menurut pembentangan kerajaan kepada syarikat yang disahkan oleh Machmud.
“Jika terdapat kekurangan minyak sawit ditapis, maka sekatan eksport selanjutnya boleh dijalankan,” menurut kertas pembentangan itu. – Reuters (https://www.reuters.com/article/indonesia-palmoil-idAFJ9N2UK00Z)